Amboi... kuningnye isinye.. santannye perah sendiri... Lama tak makan pulut durian.
Sekarang ni dah dekat dengan musim buah-buahan. Kalau duduk di kampung dah nampak tanda-tanda musim buah nak masak. Buah rambutan dah mula menguning, buah manggis baru sebesar penumbuk budak2, buah durian ada yang dah besar paha.
Terkilan juga sebab masa balik kampung tak sempat nak merasa keenakkan buah2 kampung.
Teringat zaman budak2.. panjat pokok rambutan .. nak makan buah. Kalau buah yang dijolok tak berselera. Yang sedap bila makan sambil bergayut atas pokok. Satu lagi perangai masa budak2 buah rambutan yang baru nak menguning tu yang sedap, tak tau le apa sedapnye.. dah le kelat. Tapi bila banyak yang dah masak pandang pun tidak. Hangpa dulu macam mana?
ada tak yang pernah merasa panjat pokok?
Jatuh pokok?
Merasa patah tangan, patah kaki ?
Tu la.. Budak2 sekarang ada yang tak merasa panjat pokok. nak panjat pokok apa? duduk kawasan taman, rumah pangsa, kondo, banglo.. tak ada la pokok buah2 keliling rumah.
Bagi nak melepaskan gian pulut durian, singgah le dekat kedai buah dekat dengan au keramat.. Tanya harga buah durian sekilo RM7.00 ditimbang dengan kulitnye sekali. Belilah dua biji, 3.5 kilo.. kira2 bagilah diskaun dapat RM24.00. Beli pulut dengan santan..habis modal makan pulut durian RM30.00
Puas hati dengan isi nya yang manis.. lemak berkerim.
4 comments:
salam, huiiii...memang favourite teman, deghoyan makan dengan pulut...baru puas makan deghoyan.
waaa durian.. x)
sedap ni.. sy ske durian..
bergayut atas pokok rambutan sambil makan buah rambutan
hebat tu muni..
gayut atas pokok tu zaman budak2
kalau sekarang suruh...alamatnye tak makan pun tak pe..
Post a Comment