Pages

Sunday, May 30, 2010

Menjaga makanan


Makanlah buah2an tempatan
Allah s.w.t berfirman:
Ertinya


"..makan dan minumlah kamu jangan melampui batas."
(surah Al-A'raf:31)
Allah telah memberi petunjuk kepada kita sebagai hambanya untuk memasukkan makanan dan minuman ke dalam tubuh yang dapat memperkuatkan ketahanan badan. Namun kadar mahupun cara memakannya adalah yang dapat membawa manfaat untuk tubuh. kalau terlebih tu yang membawa kepada penyakit. Tidak makan dan minum juga menimbulkan penyakit.

Beberapa ketentuan yang baik untuk makanan, seperti berikut:

  • makanlah makanan yang telah jadi kebiasaan penduduknya. Malaysia kita ni NASI le...ada orang tak makan nasi... digantinya dengan roti..
  • kalau rasa jijik terhadap sesuatu makanan, janganlah makan.. bila tengok kedai makan yang kotor tu.. berselera jadi hilang selera. Sebabnya kalau dimakan juga akan menimbulkan mudarat pada diri.
  • hendaklah seseorang tu makan buah-buahan negerinya di waktu datang musimnya. Ini adalah cara memelihara kesihatan. Allah telah cipta musim buah-buahan pada suatu waktu tertentu yang bermanfaat bagi kesihatan penduduk negeri tersebut, itu pun kalau makan... Moh le balik kampung makan durian...

Abu Nu'aim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. melarang orang tidur selepas makan, sebab hal itu mengeraskan hati. Para ahli perubatan menganjurkan agar berjalan dahul selepas makan malam sebelum tidur, meskipun hanya sekadar 100 langkah sahaja. Kalau orang yang tidur terus lepas makan... penyakit pun datang.



No comments: