Ini kisah student saya..
Sekarang ni musim peperiksaan, ada seorang student A tu tak hadir. Semangat ingin tahu tu meluap-luap le.. dah lama tak datang, mula dari hari pertama exam sampai nak tiba hari akhir exam.
Bila di tanya pada kawan2nye.. ada yang beri jawapan
1. Cikgu, A ke sabah
2. Abg A kawin
Dan ada jawapan yang nakal " Bapa A Kawin"
Saya pun secara automatik," Saya doakan bapa awak kawin lain, dapat mak baru.. kalau ada rezeki dapat adik baru". Satu kelas ketawakan pelajar nakal ni.. dia pulak menunduk malu-malu..
Saya berkata" kalau kita mengata pada bapa atau ibu orang lain... samalah macam kita mengata pada ibubapa sendiri.. lain kali jangan nak sedap mulut aje... dok mengata bapa orang ni... bapa orang tu..."
Moralnya.. jika nak mengata kat orang tu berhati-hati, jangan ikut mulut saja.. bila kena diri sendiri mula nak terasa... kalau nak mengata tu perkara yang baik-baik cukup le..
"kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"
4 comments:
menarik pandangan tu...
nanti saya akan dtg lagi..
salam kenal
sampai sekarang makcik masih x nampak beza konsep mengata, mengumpat dan memfitnah.
salam,
begitulah peranan guru mendidik pelajarnya..
selalu gak mengata orang ni muni...
bilalah nak insaf agaknya ya
Post a Comment