Pages

Saturday, June 26, 2010

Solat tapi mencuri..

Kenapa masalah juvana makin meningkat?

Ada remaja yang ditangkap mencuri, merogol, meragut ... ada yang dah terjebak dalam kes penyalahgunaan najis dadah. Ada di sebuah kampung di utara semenanjung, yang mana anaknya baru berusia 14 tahun sudah terlibat dengan najis dadah. Setiap hari akan minta dari emaknya RM50.00 untuk mendapatkan bekalan, kalau tak beri diugut emaknya.. inilah anak derhaka. Kenapa jadi macam ni?



Satu kajian yang dijalankan ke atas semua pesalah juvenil yang ditemubual dari sebuah institusi tahanan yang menyatakan bahawa mereka ni ada masalah berkenaan pengetahuan tentang solat dan sejauh mana mereka mengamalkanya..
Hasil dari kajian tersebut:
1. kanak-kanak tak pernah solat dan membaca al-quran sejak kecil kerana keluarga mereka tak pernah solat dan tak pernah mengaji
2. kanak-kanak ni belajar di sekolah rendah agama dan tak mengamalkannya di rumah atau cuai melaksanakannya.
3. kanak-kanak yang sering menipu ibu bapa tentang solat mereka. Ibu bapa dah tegas dan bersolat dirumah, tetapi anak2 sering keluar rumah dan malas solat. Ada anak2 yang menipu ibubapanya kononnya mereka sudah solat.
Solat ni mendisiplinkan diri dalam menyembah Allah yang Esa.. Solat yang macam mana? Solat yang dibuat bersama-sama dengan hati, khusyuk, bukannya hanya gerakan badan naik dan turun. Bacaan dalam solat difahami bukan sekadar hafalan semata-mata.
Marilah kita lihat sekeliling kita... anak2, saudara2, pelajar2 macam mana dengan solat mereka

No comments: