Pages

Monday, May 31, 2010

DOA SELAMAT...

Sekarang ni.. macam macam musibah yang berlaku... kita sebagai umat MUhammad S.A.W kenalah perbanyakkan berdoa untuk keselamatan diri sendiri, keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, ... pendek kata kepada semua  muslimin dan muslimat..

Marilah kita berdoa.. tak tahu bahasa Arab... boleh buat dalam bahasa melayu... contoh doa2 yang boleh dibaca..

"Segala pujian tertentu bagi Allah Pencipta dan Pentadbir seluruh alam semesta. Selawat dan sejahtera ke atas junjungan besar kami, Nabi Muhammad s.a,w serta seluruh keluarga dan sahabat Baginda".
"Ya Allah, ya Tuhan kami, sesungguhnya kami bermohon perlindungan dan pemeliharaan daripada-Mu terhadap agama kami, diri kami, keluarga kami, anak kami, harta benda kami dan segala kurniaan yang Engkau berikan kepada kami".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, tempatlah kami dan mereka semua di bawah naungan Engkau dan pemeliharaan Engkau daripada syaitan yang mengganas, penguasa yang menindas, orang yang berniat jahat kepada kami dan daripada segala kejahatan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segalanya".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, perindahkanlah hidup kami dengan kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan. Kukuhlah hati kami dengan ketakwaan dan ketetapan hati. Hindarlah kami daripada perkara yang membawa penyesalan pada waktu ini dan pada masa akan datang. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Menerima doa".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah dan kasihanilah kami, ibu bapa kami, saudara kami, orang yang mengasihi kami, orang yang kami kasihi kerana-Mu, orang yang berbuat baik kepada kami, orang yang perlu kami tunaikan sesuatu hak kepadanya dan kepada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat dengan rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Mengasihani".

Pontianak balai polis

Artikel ni dapat dari metro online...
Sekarang ni polis bukan sahaja berdepan dengan penjenayah2 dari indo, dari india, dari GRO china dan penjenayah rakyat tempatan.. Polis juga berdepan dengan pontianak... Sampai boleh menyamar. Lepas ni polis-polis di Malaysia kena turun padang belajar ilmu-ilmu menghalau iblis dan syaitan. Panggil ustaz-ustaz adakan kelas .. macam yang ada di Darussyifa' Bangi tu...

Sunday, May 30, 2010

Nak dapatkan CD Tak

Belilah CD/VCD/MP3 dari penceramah terkemuka..
jasad sentiasa di isi dengan perbagai makanan yang enak...
Tapi rohani kita macam mana? adakah sudah diberi secukupnya...
Sebagai santapan rohani.. boleh dapatkan cd/vcv/mp3 dengan harga yang berpatutan..
Boleh tengok di page saya "CD/VCD/MP3"

Menjaga makanan


Makanlah buah2an tempatan
Allah s.w.t berfirman:
Ertinya


"..makan dan minumlah kamu jangan melampui batas."
(surah Al-A'raf:31)
Allah telah memberi petunjuk kepada kita sebagai hambanya untuk memasukkan makanan dan minuman ke dalam tubuh yang dapat memperkuatkan ketahanan badan. Namun kadar mahupun cara memakannya adalah yang dapat membawa manfaat untuk tubuh. kalau terlebih tu yang membawa kepada penyakit. Tidak makan dan minum juga menimbulkan penyakit.

Friday, May 28, 2010

Pulut campur Durian

Amboi... kuningnye isinye.. santannye perah sendiri... Lama tak makan pulut durian.
Sekarang ni dah dekat dengan musim buah-buahan. Kalau duduk di kampung dah nampak tanda-tanda musim buah nak masak. Buah rambutan dah mula menguning, buah manggis baru sebesar penumbuk budak2, buah durian ada yang dah besar paha.
Terkilan juga sebab masa balik kampung tak sempat nak merasa keenakkan buah2 kampung.
Teringat zaman budak2.. panjat pokok rambutan .. nak makan buah. Kalau buah yang dijolok tak berselera. Yang sedap bila makan sambil bergayut atas pokok. Satu lagi perangai masa budak2 buah rambutan yang baru nak menguning tu yang sedap, tak tau le apa sedapnye.. dah le kelat. Tapi bila banyak yang dah masak pandang pun tidak. Hangpa dulu macam mana?

Tuesday, May 25, 2010

Mak baru.. adik baru

Ini kisah student saya..


Sekarang ni musim peperiksaan, ada seorang student A tu tak hadir. Semangat ingin tahu tu meluap-luap le.. dah lama tak datang, mula dari hari pertama exam sampai nak tiba hari akhir exam.

Bila di tanya pada kawan2nye.. ada yang beri jawapan

1. Cikgu, A ke sabah

2. Abg A kawin

Dan ada jawapan yang nakal " Bapa A Kawin"

Saya pun secara automatik," Saya doakan bapa awak kawin lain, dapat mak baru.. kalau ada rezeki dapat adik baru". Satu kelas ketawakan pelajar nakal ni.. dia pulak menunduk malu-malu..

Saya berkata" kalau kita mengata pada bapa atau ibu orang lain... samalah macam kita mengata pada ibubapa sendiri.. lain kali jangan nak sedap mulut aje... dok mengata bapa orang ni... bapa orang tu..."

Moralnya.. jika nak mengata kat orang tu berhati-hati, jangan ikut mulut saja.. bila kena diri sendiri mula nak terasa... kalau nak mengata tu perkara yang baik-baik cukup le..
"kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"

Sunday, May 23, 2010

PAKAR TULANG

Selepas berurut dengan tukang urut dari KL... masih belum sembuh juga... jadi ambil keputusan balik ke Kampung di Baling kedah..

Selepas habis waktu kerja .. terus pulang ke Kampung... setelah menempuh perjalanan yang panjang... 5 jam drive tanpa henti... sampai juga rumah Pak Su Tukang urut patah tulang..

Hebatnya ilmu yang ada pada paksu ni... hanya dengan beberapa saat sahaja dia boleh tahu apa masalah yang dihadapi oleh my hubby. Rupanya kakinya bukan terseliuh tapi tulang tumit kakinya telah berubah tempat. Setelah diurut tak sampai 10 minit, dah boleh berdiri dengan sendiri.

Keesokkannya my hubby dah boleh bawa kereta.. bengkak dikaki dah surut.

Moralnya... kalau melibatkan tulang atau urat kenalah cari orang yang betul2 pakar. kalau hanya tuju pada yang tidak pakar.. duit melayang penyakit tak sembuh juga...

Wednesday, May 19, 2010

TUKANG URUT TRADISIONAL

My hubby terseliuh di kakinye... orang aktiflah katakan..Bila dah seliuh, diurutnye sendiri sangkakan selepas dua @ tiga hari.. ok le... harap punya harap tak lega-lega juga..bengkak makin naik.. jalan dah terjengket-jengket..

Akhirnya ambil keputusan nak cari tukang urut tradisional.. tukang urut lain tu memanglah belambak area KL ni...Susahnye nak cari tukang urut tradisional area KL ni...

Dengan bermotosikal..round2 area au keramat tak berjumpa... telepon sana telepon sini
tanya kot-kot ada tukang urut tu... yang ada tukang urut perempuan.. kita ni tak nak le.. nak juga jaga aurat..

last2 try jugalah seorang tukang urut pompuan ni area datok keramat... dah lah lama tunggu.. kaki makin sakit.. lepas diurut hampir sejam.. tak kebah juga..

Keluar dari rumah tukang urut ni.. pergi cari tempat lain pulak...

Semasa berhenti solat di salah satu surau... ada yang memberitahu tentang salah satu tempat.. yang dikatakan ok..

Alhamdulillah... dengan kepakaran dari tukang urut tersebut.. kakinya pun baik lah... dah tak pedih.. jalan pun tak terjengket lagi..

Kedua2 rumah tukang urut tersebut.. orang Kg Boyan dari indonesia...

Persolannya tak adakah tukang urut yang berbakat dari rakyat kita...mereka ni datang ke sini cari makan denga berurut saja...