Pages

Wednesday, June 23, 2010

20 perkara pasal saya...

Ni nak jawab tag dari manja...
Rasa nak gelak dulu.. sebabnye.. tak tau nak jawab apa
Bila dok pikiaq nak jawab apa.. Rasa macam tak kenal pulak diri sendiri
Trylah jugak jawab tag manja ni..

Saturday, June 19, 2010

Jalan-jalan... cuti sekolah..

Cuti sekolah 2 minggu..tapi setiap hari ada aje aktiviti .. kenduri kawin...kenduri kawin... kenduri kawin..

Perut perlu diisi sebelum kaki melangkah
ini lah untungnye bawa bekalan dari rumah

Monday, May 31, 2010

DOA SELAMAT...

Sekarang ni.. macam macam musibah yang berlaku... kita sebagai umat MUhammad S.A.W kenalah perbanyakkan berdoa untuk keselamatan diri sendiri, keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, ... pendek kata kepada semua  muslimin dan muslimat..

Marilah kita berdoa.. tak tahu bahasa Arab... boleh buat dalam bahasa melayu... contoh doa2 yang boleh dibaca..

"Segala pujian tertentu bagi Allah Pencipta dan Pentadbir seluruh alam semesta. Selawat dan sejahtera ke atas junjungan besar kami, Nabi Muhammad s.a,w serta seluruh keluarga dan sahabat Baginda".
"Ya Allah, ya Tuhan kami, sesungguhnya kami bermohon perlindungan dan pemeliharaan daripada-Mu terhadap agama kami, diri kami, keluarga kami, anak kami, harta benda kami dan segala kurniaan yang Engkau berikan kepada kami".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, tempatlah kami dan mereka semua di bawah naungan Engkau dan pemeliharaan Engkau daripada syaitan yang mengganas, penguasa yang menindas, orang yang berniat jahat kepada kami dan daripada segala kejahatan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segalanya".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, perindahkanlah hidup kami dengan kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan. Kukuhlah hati kami dengan ketakwaan dan ketetapan hati. Hindarlah kami daripada perkara yang membawa penyesalan pada waktu ini dan pada masa akan datang. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Menerima doa".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah dan kasihanilah kami, ibu bapa kami, saudara kami, orang yang mengasihi kami, orang yang kami kasihi kerana-Mu, orang yang berbuat baik kepada kami, orang yang perlu kami tunaikan sesuatu hak kepadanya dan kepada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat dengan rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Mengasihani".